BERGELAK KETAWA BERSAMA KK :)

Monday 18 April 2011

WAD BERSALIN

BERDEKAH
ASSALAMUALAIKUM....

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. 


Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. 
Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama. 

Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua. 
Suami 1: Wow... Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC. 

Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua. 
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3

Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga. 
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat. 
Suami 3: Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot.... 

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut. 
Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? 
Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL. 
Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya? 
Jururawat: Kenapa? 
Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020....


p/s : bergelak ketawa bersama KK....:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...