BERGELAK KETAWA BERSAMA KK :)

Tuesday 21 June 2011

TIP NAK REJECT AWEK


ASSALAMUALAIKUM...


Nak reject pompuan susah, takut nanti dia frust dan bunuh diri, jadi guna dialog ni

1) Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif...
2) Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..
3) U nampak tak mamat tu... (padahal takda orang pun kat situ)
4) Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal...
5) I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je...
6) Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu...
8) Errr, sori, terpegang pulak....
9) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10
10) Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia....

p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

Sunday 19 June 2011

CARA NAK COVER MALU

ASSALAMUALAIKUM...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..


2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...



3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...



4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..



5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.." oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....



6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....



7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

KAUNSELOR YANG BIJAK

ASSALAMUALAIKUM...

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri.. 


Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: 

"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?" 

"Tentu saja!" jawab pakar konselor... 

Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi." 

Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut... 

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"


p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

SAYA BERSEDIA MEMAKANNYA

ASSALAMUALAIKUM...


seorang salesman "vacuum  cleaner" menuju ke sebuah rumah. diketuknya pintu depan. belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah perkataan pun, dia menghamburkan pelbagai kotoran ke karpet ruang tamu.
"puan," katanya, "saya yakin akan kemampuan mesin ini. karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. jika nanti ada masih kekotoran yang tertinggal, saya berse dia untuk memakannya".. kata salesman itu dengan bangga.
"kalau begitu," kata wanita tuan rumah, "mulailah makan. rumah kami belum ada elektrik".


p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

PAk ANG DAN PAK KU

ASSALAMUALAIKUM...

ini kisah cita Pak AngGus ngan Pak kusam
nmpk pendek dieorg Pak Ang ngan Pak Ku...
cite die begini

Pak Ang:yo Pak KU...lama tak jumpa:
Pak Ku:aku bukan pak ang la....
Pak Ang:mmg la ko bukan Pak Ang sebab aku la Pak ang ..ape da...
Pak Ku:sejak bila ko jadi pak aku nieh...
Pak Ang:aiyo...ape ko tanya soalan ape nieh...aku bukan pak ku...ko la pak ku
Pak Ku:AKu DAH KATA YG aku nieh bukan pak ANG.
Pak Ang:AH DOI!! mampuih pie kat ang la Pak KU..malas aku nak layan


p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

Thursday 16 June 2011

KAKIKU PATAH..DOKTOR

ASSALAMUALAIKUM...

satu ari,,,

seorang peskt dtg ke hospital kerana kaki belah kirinya path akibat dihempp kereta..

pesakit::doktor,kaki sye path la doktor...

doktor::baiklh...sye akn psg simen...

maka doktor itu pown simenlah kaki kann pesakit ter sebut....

pesakit::doktor!!!!!!sye pth kaki kiri,, yg doktor gi simen blh knn nie wat pe???!!!!!

doktor::wahai pesktku....yg path biarkn pth....yg xpth tu kte jge....

pesakit(dlm hati)::nsb baik ak xdtg wktu dua kaki nie xpth....klau x dua-dua kne simen...


p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

Sunday 12 June 2011

PERTANDINGAN SEDUT-SEDUT

ASSALAMUALAIKUM...

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,... .(peserta pertama pun bersedia) Siapppp ... . Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menghisap sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!... . Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang... . semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja... !!",

Sekarang giliran peserta ke tiga... .dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya... sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba... ..zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian... Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ... ... ... .!""


p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

TERTELAN DUIT SYILING

ASSALAMUALAIKUM...

PADA SUATU MALAM,SEPASANG SUAMI ISTERI YANG SEDANG BERSIAP MASUK TIDUR TIBA2 TERDGR SUARA ANAK BONGSU MEREKA MENANGIS.MEREKA BERGEGAS MNDPTKN SI ANAKNYA DAN BERTNYA KNPER
 SI ANAK  MNJWB BHWA DIA TERTELAN DUIT 5 SEN DAN SEKARANG DIA TAKUT AKAN MATI AKIBAT TERTELAN DUIT TERSEBUT.SEBAB ITULAH DIA MNGIS TERESAK2 ESAK.
TIBA2 AYHNYA MNDPT IDEA DAN MEMUJUK ANAKNYA.SI AYAH MNGAMBIL DUIT 5 SEN DI DLM POKET SELUARNYA.KEMUDIAN AYHNYA BERPURA-PURA MEMBUAT MAGIK DAN MENGELUARKAN DUIT 5 SEN DARI TELINGA ANKNYA
"HA,KAN AYH DH KELUARKAN NI," UJAR AYHNYA SMBIL MENUNJUKKN DUIT SYILING ITU KPD ANKNYA.SI ANAK TERUJA  DAN BRHNTI MNANGIS.LNTS ANKNYA MNGMBIL DUIT 5 SEN TERSEBUT DAN MENELANNYA LALU BRKATA,"AYAH,BUAT LAGI SEKALI!"


p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

Saturday 11 June 2011

SEMAKIN TUA SEMAKIN KAYA

ASSALAMUALAIKUM...

boring nya...mai sini chatting..korang tau 
Makin dah tua makin kaya 

buktinya
dah tua ada
rambut silver
gigi emas
ada gula kat darah
ada minyak  kat muka
ada gas kat dalam perut...

korang igt korang kaya sangat la....


p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...