BERGELAK KETAWA BERSAMA KK :)

Monday 18 April 2011

KEK UNTUK ISTERI

BERDEKAH
ASSALAMUALAIKUM.....

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji
kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek

ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di
kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah
tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah
cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan
terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya
yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu
dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu
setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH
CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."



p/s : bergelak ketawa bersama KK....:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...