BERGELAK KETAWA BERSAMA KK :)

Thursday 28 April 2011

PERBUALAN 3 EKOR TIKUS

BERDEKAH
ASSALAMUALAIKUM....

Suatu petang di rumah konkrit milik seorang jutawan bergelar datuk, 3 ekor tikus kembar bersembang di lubang tersorok di sudut dapur. Masing-masing jual tembirang.


Tikus 1: Ahad lepas, ketika saya berjalan di kebun bunga di belakang dapur, saya terjumpa perangkap tikus. Ceh! Tuan rumah ini mo perangkap saya konon. Sekali saya tendang perangkap itu, terus terbang nuuun seberang jalan..padan muka perangkap bodoh itu. 



Tikus 2: Saya pulak, masa menyelongkar di almari kayu depan kita itu, saya terjumpa setin racun tikus yang masih segar. Apa lagi, terus saya makan hampir habis. Bakinya saya tabur dalam beras bawah almari tu. Padan muka depa, tengok la sapa mati. Saya ok lagi nie, malah rasa makin sihat selepas makan racun tikus itu.



Tikus paling montel di antara 3 ekor tersebut yang hanya mendengar tadi terus menyampuk.



Tikus 3: Korang nampak tak kucing mengandung yang baring bawah kusyen sana tu? Hah! Tengah sarat tu. Dah 2 bulan. Kalau korang nak tau, anak yang dikandungnya itu adalah zuriat aku le tu... ... hehehe..



p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...