BERGELAK KETAWA BERSAMA KK :)

Monday 2 May 2011

PENCURI LEMBU

BERDEKAH
ASSALAMUALAIKUM...

Pada suatu hari, Jejai telah kehilangan 4 ekor lembu miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah 3 hari melakukan operasi, pijak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Hitler.
Polis :  Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik Jejai. Adakah kamu mengaku salah?
Hitler : betul tuan
Polis : Berapa ekor yang kau curi?
Hitler : Seekor saja, tuan
Polis : kamu tak tipu?
Hitler : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja
Polis : Tapi, Jejai kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya
Hitler : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor
Polis : kamu jangan cuba berbohong. Jejai kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor
Hitler : Betul tuan, cuma seekor. saya cuma mencuri ibu lembu… tapi, bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan…



p/s : bergelak ketawa bersama KK...:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...